Monday, October 6, 2008

Tuhan Tidak Adil????

Seorang kritian pernah bertanya pada aku tentang satu soalan berkenaan betapa tidak adilnya ‘Tuhan orang islam’ di pandangan matanya, katanya mana mungkin orang kapir yang baik baik, tak hisap dadah atau minum arak atau makan rasuah tiba tiba bila jadi mayat terus jer masuk neraka selama-lamanya dengan alasan hanya sebab tak masuk islam?...Kemudian, dua tiga hari lepas, aku dapat email yang dipanjangkan soalan dari orang kristian jugak yang bertanya bagaimana dengan nasib orang asli atau orang kafir yang tak pernah dengar tentang islam? Adakah mereka masuk neraka juga? sebab syariat islam tu tak sampai? Adilkah tuhan dalam hal ini?Aku kata, Orang yang berkata tuhan itu tidak adil biasanya di ucap oleh orang yang ada masalah mental yang mana selepas mereka rasa tuhan tidak adil maka mereka akan mula cari tempat tinggi untuk terjun tiruk kepala dulu atau cari tali dan kerusi lalu terkial-kial tolak kerusi dengan kaki sedang tali menjerut lehernya atau sedang minum racun tikus atau apa sahajalah perkara yang memayatkan diri kerana orang macam ni sedang kecewa dengan hidup, kecewa dengan dunia tapi percaya tuhan itu ada namun tak puas hati sebab di tipu oleh dunia yang mempersona kerana kebodohan diri sendiri lalu cover kebodohan diri dengan menyalahkan tuhan sebagai tidak adil...Tak ke hampeh?Nampaknya korang tak faham tentang betapa adilnya Tuhan dan betapa tidak adilnya dunia..Sebenarnya, Tuhan menciptakan dunia dengan kemahiran yang sama dengan kemahiran yang ada pada iblis berserta syaitan iaitu pandai menipu daya, dan orang yang bodoh serta sombong akan mudah menjadi mangsa tipu daya dunia semudah menggoreng ikan bilis kerana mereka telah dibilis iblis seiblis bilisnya!..Aku jugak banyak kali gak dibilis iblis dan ditipu dunia, tapi aku tidak salahkan tuhan kerana aku masih waras, aku tahu itu salah aku sendiri, namun korang yang mudah diperbodohkan dunia lalu nak cover kebodohan dengan salahkan tuhan?Hampeh! Sekali lagi!Dan bodoh!Kesimpualnnya, Orang yang bodoh memang akan menyalahkan semua perkara apabila diri di perbodohkan, akan salahkan kerajaan, salahkan ibu mengandung, salahkan polis, salahkan PIBG, salahkan hidayat idaman, dan akhir sekali akan salahkan Tuhan, bila dah masuk salahkan tuhan, itu kira kejahilan tahap hampeh paling impak maksima, nauzibillah...Balik kepada soalan asal, (tadi tu baru intro, ada 20 pages lagi nak tulis ni, sabar jer baca jika tak malas dan free luar biasa..)Soalan:Adakah orang kafir yang baik akan masuk neraka selama-lamanya dan bagaimana dengan nasib orang kafir yang tidak sampai seruan tuhan?Jawapan:Bagi aku yang hina ini, pertama sekali aku ucapkan seribu kesyukuran kerana aku lahir dalam keluarga islam, tak payah lagi aku susah susah nak cari ugama yang benar kerana Allah dah bagi aku nikmat ni sejak kecik lagi.Allah Maha adil bagi aku sebab jika aku lahir dalam keluarga kapir mungkin aku dengan sifat buruk yang pemalas dan macam macam lagi akhlak buruk akan kekal mati kapir, nauzubillah, lalu Allah tahu yang terbaik untuk aku dan lahirkan aku di kalangan orang-orang islam.. Alahamdulillah sekali lagi.Masa aku kecik, umur dalam 13 tahun gitu, aku jugak ada terfikir soalan macam ni, iaitu: adakah orang kafir yang baik akan masuk neraka selama-lamanya dan bagaimana dengan nasib orang kafir yang tidak sampai seruan tuhan?Lalu aku bila baca buku-buku ugama, ada menceritakan betapa Allah akan sentiasa bagi pilihan pada hambanya untuk datang kepada kebenaran atau nak kekal dalam kesesatan..Pendek kata, Allah akan sentiasa buka dua jalan..Jalan yang baik untuk dituruti, dan jalan yang hempeh untuk dihindari..Kemudian, dari kitab dan Buznama, aku dapati, Allah sentiasa menghantar Nabi demi Nabi untuk bagitahu pada Ummat akan jalan yang benar, dan sekarang aku dapat tahu sudah ada 120 ribu Nabi Nabi di hantar untuk bagitahu pada Ummat akan jalan yang benar..Dan di jalanan Dakwah para Nabi, ada yang ikut dan ada yang menentang, dan ada Nabi yang mati di bunuh..Pendek cerita, yang ngikut masuk shurga, dan yang kapir masuk neraka selama-lamanya walaupun baik baik seperti bagi makan kat kucing hari-hari...Jadi aku yang baru nak baligh masa tu buat kesimpulan sendiri iaitu jika orang asli atau orang yang tak sampai seruan islam, Aku berbaik sangka bahawa Allah tetap sampaikan pada mereka mungkin dalam bentuk 'batu bersurat', atau mimpi atau lain lain perkara yang mistik dan realistik, banyak kisah kisah para wali ada cerita seumpama itu, jadi aku yakin bahawa semua orang baligh akan di beri peluang untuk memilih dua jalan dengan apa carapun oleh Allah yang Maha berkuasa.Boleh korang tunjuk pada aku kat dunia ni akan tempat yang orang tak tahu pasal islam?Dan apa yang aku tahu, dekat India di sebuah masjid Nidzamuddin namanya kalau tak silap, setiap hari ada orang yang akan keluar berdakwah dari seluruh dunia keseluruh dunia, dan sudah lebih 200 negera mereka pergi, sampai ke israel pun mereka pergi, sehingga ke dalam hutan afrika pun ada, dan telah ramai orang asli yang masuk islam asbab usaha mereka, dan aku yakin kewujudan mereka adalah sebagai wakil Allah yang telah menamatkan zaman kenabian yang mana ummat akhir zaman pula di pilih untuk berdakwah.., istigfar untuk aku banyak banyak sebab belum menyertai mereka..oh!Jika ada orang asli yang terlepas pandang?.Aku rujuk pula kepada kisah dalam kitab tentang seorang jahat yang mati dalam keadaan nak jadi baik setelah bunuh 100 manusia tapi Allah masukkan ke dalam shurga jua akhirnya walaupun belum sempat buat baik tapi oleh sebab mati dalam mencari jalan nak jadi baik maka Allah kira sebagai ahli shurga,Maka aku yang masih belum ada awek pada waktu tu, umur 13 tahun berpendapat bahawa orang asli yang enggan percaya dengan ugama karut mereka, lalu murtad secara senyap senyap dari ugama karut nenek moyang mereka dan lari dari kampung untuk mencari Tuhan sebenar tapi mati pulak dalam perjalanan, aku percaya beliau akan di kira ahli shurga kerana mati dalam keadaan nak jadi baik. Wallahu’lam..Dan aku yang baru nak kenal dunia masa tu, umur baru 13 tahun percaya bahawa sudah ramai orang kapir yang mencari tuhan telah berjumpa dengan ugama islam dan mati dalam islam akhirnya. Alhamdulillah..Pendek cerita lagi, aku yang berumur 13 tahun sudah percaya tuhan itu Maha adil dan sekarang umur aku cecah 31 tahun aku masih mengekalkan kepercayaan itu, Aku percaya sebegitu, Allah Maha Adil seadil-adilnya..Maka bila Allah dah bagi otak dan akal serta hati dan nurani, nak salahkan siapa jika korang sendiri yang buat pilihan tak nak masuk islam dan mati kapir, kekal nak sembah patung atau ikut ugama nenek moyang yang terang terang mengarut?, kemudian bila korang perangai baik dan mati kapir nak salahkan siapa jika korang kekal dalam api neraka kerana korang dah di beri peluang tapi tak nak?..Allah Tuhan yang Adil pasti akan menunaikan janji, maka adillah bagi Allah apabila menunaikan janji untuk azab selama-lamanya orang yang tak nak masuk islam...Habis sudah jawapan aku takat tu untuk orang kristian yang bertanya, harap beliau masuk islam. dan harap aku jugak mati dalam islam.Sekian terima kasih.

TAMBAHAN
Ini khas untuk orang islam yang baca blog aku, lanjutan dari entry di atas, bila kita bercerita bab Adilnya Allah dalam menunaikan janji, maka aku nak tambah sikit lagi penerangan untuk lengkapkan nota ugama buat diri sendiri kat sini.Dalam dunia ini, Allah buat dua ketetapan.Satu, ketetapan yang TIADA janji Allah.Dua, ketetapan yang ADA janji Allah.Kalau tak silap aku dalam istilah arab, ketetapan yang tiada janji Allah di kenali sebagai “Masiyatullah”, Bunyi lebih kurang cam gitu tapi spell out Masiyatullah tu atau terjemahan untuk istilah, aku tak pasti tepat atau tidak cara mengejanya dan menyebutnya, nak kena rujuk ustaz balik.Manakala ketetapan yang ada janji Allah di sebut Sunnatullah.Dalam Sunnahtullah ada ketentuan Allah dan ada bersamanya janji ALLAH tapi dalam Masiyatullah ada kententuan Allah tapi tiada pulak janji Allah. Iaitu untuk Sunnahtullah, Allah tulis terang-terang janjinya dalam Al Quran dan Hadith yang mana siapa buat Allah pasti akan tunaikan tak kira siapa orang itu setelah memenuhi syarat dan terma, tapi untuk Masiyatullah korang buat belum tentu dapat kerana tiada dalam janji Allah, maka terpulanglah kepada Allah nak bagi atau tidak, Faham tak? Macam mana aku nak cakap?Senang cam gini, Allah buat ketentuan bahawa orang yang nak anak perlu kepada persetubuhan.Tapi dapat anak setelah bersetubuh tiada dalam janji Allah kerana itu adalah Masiyatullah. Sebab tu ramai orang yang dah kahwin berpuluh-puluh tahun tapi tak dapat anak sebab dapat anak selepas bersetubuh tiada dalam janji Allah.Begitu jugak kes korang yang nak berkerja tapi kena ada sijil atau ijazah,Tapi Allah tak buat janji bahawa semua orang yang ada sijil dan ijazah dapat kerja kerana itu adalah Masiyatullah.. so yang islam yang masih mengangur patut faham perkara ni!Bukan semua yang ada pangkat Dato’ dapat kahwin dengan artis, bukan semua yang muka hensem akan dapat anak lawa sebab semua itu adalah Masiyatullah, dan dunia cukup pandai menipu daya pada manusia dengan memberi janji pada Masiyatullah.Jadi balik kepada Janji Allah.., maka berjayalah orang yang yakin dengan janji Allah dan hidupnya di arah kepada janji-janji Allah.Sesungguhnya, Allah itu Maha Menunaikan Janji, dan itulah adilnya Allah..Janji Allah ada dalam setiap sunatullah tidak perlu di ragui lagi!, seperti siapa yang solat jemaah akan dapat 27 kali ganda, siapa yang ucap subhanallah akan dapat satu pohon di shurga, siapa yang keluar jalan Allah akan di haramkan api neraka menyentuh kulitnya yang kena debu, siapa yang ada iman walupun sebesar zarah akan masuk shurga yang luasnya sepuluh kali ganda dunia, , siapa yang mati kapir akan masuk neraka, itu ini begitu begini, dan semuanya pasti akan ditunaikan kerana iatu adalah Sunnahtulallah, janji Allah yang terang di dalam Al quran.Maka kerana itu orang kafir yang baik-baik, bagi kucing makan hari hari tapi bila mati kapir akan kekal dalam neraka kerana itu adalah Suinnatullah! Janji Allah!Allah Maha adil, dan dunia ini menang tidak adil!Meranalah siapa yang mengharap kepada dunia, dan berbahagialah orang yang mengharap kepada Allah..Allah berjanji dan pasti menunaikan janjinya..Dunia juga berjanji tapi menipu diakhirnya..Semua orang kafir yakin dengan janji dunia atau Masiyatullah tapi kebanyakkan mereka telah sakit jiwa dan bunuh diri kerana dunia memang di cipta untuk memberi harapan tapi belum tentu memenuhi harapan, sebab dunia ini memang tidak adil! Itu yang korang kena faham…Maka pada waktu inilah orang bodoh yang percaya dengan dunia lalu di tipu dunia, lantas terus mengatakan tuhan tidak adil, untuk cover kebodohan setelah mereka terkeliru bahawa yang tidak adil itu dunia.Korang tahu tak?Dalam dunia ni ada orang yang telah habiskan berjuta ringgit bina rumah kediaman, tapi bila dah siap belum sepat rasmi dah jadi mayat..Dalam dunia ni ada siswazah yang baru terima sijil konvo dan baru nak masuk kerja tapi mati lemas pulak semalam yang mana tiada sorang pun boleh guna ijazah dia..Dalam dunia ni ada polis yang sehari lagi nak pencen tiba-tiba mati ditembak perompak.Dalam dunia ni ada ibu yang menatang anak bagai minyak yang penuh tapi sebelum mati sempat pulak sumpah anak jadi batu..Dalam dunia ni ada suami yang sanggup bunuh anak sendiri sebab nak bagi isteri sakit hati.Dalam dunia ni yang muka cantik tapi jadi anak dara tua sampai ke tua.Dalam dunia ni ada pelakon yang bila mati baru dapat anugrah.Dan lain-lain…Pendek kata, Dunia ni adalah tempat memberikan harapan dan impian yang tinggi, tapi bila sampai hari kejadian, semua orang kena tipu,Penipu yang paling handalpun, bila tiba hari jadi mayat, akan berkata.. Oh! akupun ditipu dunia..PenutupAkupun dah lama tahu bahawa dunia ini tidak adil, banyak contoh yang aku boleh bagi tapi aku nak bagi contoh yang betul betul berlaku pada diri aku, iaitu setelah sekian lama aku tak bersenam, baru baru ni aku berlari-lari di waktu pagi sampai berpeluh-peluh penat yang amat, siap jatuh sampai lutut koyak dan berdarah, untuk apa?Untuk pecahkan kalori dalam badan yang mana untuk 20 minit joging yang memenatkan aku berjaya membakar lebih kurang 760 kalori setelah dirujuk pada jadual kalori.Tapi lepas tu aku makan Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori, Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori, Ikan tenggiri goreng (sepotong) = 142 kalori, teh tarik(Segelas)= (210 kalori), Pisang (2 biji) = 76 kalori, Sayur mentimun = 75 kalori, Telor goreng (sebiji) = 110 kaloriSemuanya adalah: 1268 kalori.Lepas tu aku makan tengah hari dan makan malam serta minum patang, lebih kurang lauk adalah nasi putih, ikan, sayur, daging, belacan, patai, buah, roti canai dan teh tarik = 9388 kalori.Purata satu hari kalori aku makan = 10656 kalori.Aku berlari sampai koyak lutut sebulan sekalipun payah: = hilang 760 kalori10656 kalori - 760 kalori = 9896 kalori!!!!Dunia ini memang tidak adil!Hampeh!

Ps: Sekarang aku nk minta tolong korang supaya cipta satu resepi yang sedap cam nasik lemak tapi kalori kurang.....aku ingat sapa yg dapat buat menda nie boleh jadik jutawan...sbb orang mesia nie semua buruk lantak termasuk aku yg tulis nie.....

1 comment:

Butaseni@Wan Raja said...

makan kat pirate kurang kalori,tapi dosa mengumpat banyak