Tuesday, November 24, 2009

Usaha Agama Cara Nabi SAW

Menangkis Kesalahfahaman Terhadap Jamaah Tabligh (2)
Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.

Saudara/i yang dirahmati ALLAH S.W.T, bersyukur kita terhadapNya kerana dengan taufik dan hidayahNya kita dapat bersama melayari laman ini.Sesungguhnya Dialah Yang Maha Kuasa, Maha Pencipta, Maha Melihat, Maha Mendengar & Maha Mengetahui, Dialah yang Maha Esa, Maha Kuat dan pemelihara alam ini.Kita Manusia, mahluk ciptaanNya yang serba lemah, dhaif dan bodoh, kadangkala kebodohan kita itu lebih teruk daripada haiwan, Maka Insaflah, sesungguhnya diri saya dan tuan2 serta puan2 dan seluruh umat seluruh 'alam adalah begitu kerdil sekali jika dibandingkan dengan ALLAH pemelihara kita. Selawat salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. keatas sahabatnya & kaum keluarganya.

saudara/i sekalian
pada artikal yang lepas kita berhenti pada Politik Haiwan mari kita sambung semula muzakarah kita.

Politik Haiwan
Terbahagi kpd 4 bahagian:Politik Lembu, Kambing & Ayam Jantan. Poltik Serigala, Politik Ular, Politik Harimau atau Singa.mari kita lihat satu persatu.

Politik Lembu, Kambing & Ayam Jantan.
Politik Haiwan ini lebih merupakan kepada Politik diri sendiri, mereka tidak menghiraukan keadaan sekeliling dan membiarkan apa saja yang berlaku asalkan kenteteraman dan hak mereka tidak diusik. Mereka ini makan pada sebilang masa selagi waktu siang, mereka berkahwin pada bila - bila masa tidak kira tempat dan suasana ( depan manusiapun mereka selamba saja ). tetapi bila hak mereka dicabul seperti anak mereka dirampas, isteri2 mereka diganggu oleh haiwan sejenis yang lain mereka akan melawan dan berusaha sedaya upaya yang mungkin untuk mempertahankannya. Beginilah keadaan kebanyakan masyarakat hari ini.

Politik Serigala
Politik haiwan ini pula ialah untuk kepentingan diri dia, dia sanggup mencuri hak orang lain. Dia tidak peduli jika tindakan itu boleh menyebabkan penderitaan kepada orang lain, bagi dia asalkan diri dia lepas itulah yang lebih utama. Serigala suka mencuri kambing dan ayam penternak untuk memenuhkan perutnya. Beginilah keadaan sekarang, Ada kalangan maysrakat kita yang suka mengambil harta benda orang lain dengan kaedah yang halus, yang mana jika diteliti ianya sama dengan mencuri harta rakyat. Baru jadi orang penting sesuatu kerajaan rumah, kereta dsb dah mula besar sedangkan ramai rakyat hidup melarat.Ada juga yang mengambil kesempatan terhadap orang - orang yang buta undang2 untuk ditipu bagi mendapatkan sejumlah wang dsb. Beginilah hidupnya di dunia penuh dgn pancaroba. setiap orang yang berbuat baik pada kita pasti ada maksud dan tujuan iaitu untuk kepentingan diri dan pertubuhan.

Politik Ular
Politik ini lebih merupakan kepada senario politik sekarang. Ular sejenis haiwan reptilia yang suka mematuk dan menyemburkan bisanya. setiap patukannya dan semburan bisanya mampu membawa maut kpd mangsanya.Kemana saja dia pergi dia akan mematuk mangsanya tidak kira besar atau kecil. tetapi patukannya atau semburannya tidak membawa faedah kpd dirinya hanya membunuh mangsanya sahaja. Beginilah senario politik sekarang, kutuk sana, mengumpat disini, mencaci di sana sini, membuat fitnah, tetapi sedikit pun tidak memberi apa apa keuntungan kepada orang melakukannya. malah diri sendiri yang terdedah keaibannya atau mudharatnya seperti ular yang tidak dapat apa selepas mematuk mangsanya terpaksa pergi mencari air untuk diminum, jika tidak dia akan mati.

Politik Harimau @ Singa
Haiwan ini pula sentiasa mahu mengekalkan kuasa dominannya ke atas kaum kerabatnya, mana - mana pesaingnya yang ingin mengambil alih kuasa darinya mesti bertarung dengannya. Atas dasar itu apabila lahirnya anak singga @ harimau jantan, mak mereka akan terdedah kepada maut yang akan dilakukan oleh mungkin bapa - bapa mereka. Beginilah suasana politik sekarang. untuk mengekalkan kuasa di tampuk maka satu gerakan yg begitu licik,tersusun rapi diatur bagi menjatuhkan seseorang pesaing yang difikirkannya mampu mengugat kedudukkannya.
itulah politik Haiwan. Kita lihat pula Politik Yahudi.

Politik Yahudi
Politik yahudi lebih mementingkan kepada kebendaan dan wanita. saipakah hari ini yang tidak mahu wang ringgit? Lelaki manakah yang tidak mahu wanita?. Maka hari ini kita lihat yahudi telah menguasai pemikiran politik kita iaitu setiap tindakan dan aktiviti perlu ada wanita walaupun aktiviti tersebut tidak memerlukan wanita. Untuk yahudi hancur Islam senang saja dengan melibatkan wanita . Nabi S.A.W. bersabda, sesungguhnya wanita itu anak panah syaitan yang mana jika ia dilepaskan pasti kena pada sasarannya. sebab itulah ALLAH s.w.t telah berfirman wahai Muhammad suruhlah wanita - wanita mukmin kamu menutup kepala hingga ke paras dada dan suruhlah lelaki mukmin kamu tundukkan pandangan mereka. Siapakah yang mahu jadi wakil rakyat percuma tanpa bayaran walau satu sen pun. Hari org berebut - ebut utk jadi YB kerana dengan title ini mereka boleh dapat projek yang ribuan @ jutaan harganya dan pelbagai komisen. Inilah senario skrg.

Politik Nasrani
Politik ini pula lebih kpd hiburan, orang nasrani suka berhibur di pub, di bar, bersukan yang bukan -bukan sehingga ada sukan yang dinamakan sukan Xtreme. Melalui sukan orang nasrani jalankan jarumnya sehingga kita semua lupa batas - batas kesusilaan dan kesopanan sebagai seorang islam. Perempuan terdedah sana sini dgn pakaian ketat sehingga menampakkan alur sulitnya, lelaki pula memakai seluar pende dan ketat sehingga nampak kesan alat sulitnya yng terbonjol kedepan. Melalui suka juga kita lupa waktu sembahyang ( termasuklah orang PAS. PKR, UMNO sendiri ) Inilah yang sedang berlaku sekarang.

Politik Ambia A.S. ( ISLAM )
Politik Ambia A.S. atau ISLAM adal merupakan politik yang suci dan luhur. politik ini bergerak atas wahyu ilahi. Politik Ambia ini bergerak dengan cara dakwah, yakni menyeru umat manusia daripada menghambakan diri kpd mahluk kepada menghambakan diri kepada pencipta mahluk berlandaskan kalimah suci iaitu LAAILLAHAILLALLAH. SELURUH AMBIA A.S. MENYERU MANUSIA KEPADA KALIMAH INI. Mengajak manusia mengamalkan perkara maruf seperti berdamai, bermaafan, berkasih sayang, saling hormat menghormati, tolong menolong dsb berpandukan kepada perintah ilahi ALLAH Rabbul Izzati. Menegah manusia daripada melakukan perkara mungkar seperti memfitnah , mengumpat, mengutuk, mengeji,mencerca, memaki hamun , bercakap kasar, membunuh, berzina dsb berpadukan kepada larangan ALLAH AL- Lathif. Lihatlah sejarah dan sirah. kesemuanya menunjukkan kepada kita bahawa semua ambia menyeru manusia kepada kalimah ALLAH yang suci , memujuk rayu manusia agar beriman dan bertakwa, menyembah ALLAH dengan penuh hikmah dan lemah lembut dan berkasih sayang. Lihatlah Junjungan Besar kita membuat Dakwah dengan penuh hikmah. Inilah Politik Islam sebenarnya. Inilah politik ambia a.s. dan INILAH YANG SEDANG JAMAAH TABLIGH laksanakan. Oleh itu jika sudara/i mengatakan tabligh tidak berpolitik, itu tanda saudara/i jahil dalam memahami apa itu politik.

saudara/i
setelah kita lihat huraian serba ringkas mengenai jenis - jenis politik, pada fikiran saudar/i adakah politik islam diamalkan oleh pertubuhan politik di Malaysia ini? Pada pendapat saya yang serba dhaif ini, TIADA SEBARANG PARTI POLITIK YANG MENGAMALKAN POLITIK ISLAM @ AMBIA A.S. Oleh itu jaganlah perasan bahawa saudara telah menjalankan politik islam.

Saudara/i
saudar/i menuduh gerakan jamaah tabligh ini mendapat pembiayaan daripada Orientalis British? mana saudara dapat maklumat ini? serkap jarang atau ada buktinya kalau ada tolong buktikannya. saya nak lihat lah. jangan cuba nak menuduh kalau tiada buktinya. Untuk pengetahuan saudara saya telah berkecimpung dalam jamaah ini sejah di sekolah rendah lagi hinggalah sekarang, namun saya tidak pernah lihat dan dengar bahawa gerakan ini dibiayai oleh mana kerjaan di dunia . Hello saudara/i, kerjaan PAS Terngganu dan Kelantan pun tidak mampu nak biayai gerakan tabligh di negeri tersebut apatah lagi kerajaan british nak support untuk gerakan ini seluruh dunia. Kami bergerak dengan harta dan diri kami sendiri dan kami tidak pernah minta wang daripada orang lain walau satu sen pun . bukan macam gerakan saudara asalkan ada ceramah ada saja seorang atau dua orang bawa beg ponjot meminta - minta wang dengan alasan infak seolah - olah macam islam tidak mampu sangat utuk berjuang hingga terpaksa meminta - minta. kita kena mintak terus dgn Allah bukan dengan makhluk. Bila jadi begini maka iman yakin kita sebenarnya telah rosak. Kalau kita nak berjuang dgn menegakkan hukum ALLAH berjuanglah denga harta dan diri sendiri bukan dengn meminta - minta. sebab itu gerakan tabligh boleh bergerak ke seluruh dunia kerana ia tidak perlu tunggu peruntukan dari sesuatu pertubuhan sebaliknya diri sendiri. Barulah ia berkat. Saya menyusun jari sepuluh memohon kemaafan dari semua penyokong kuat PAS dan Parti PAS, bukan saya nak memperlekah tetapi saya terpaksa kerana ada dikalangan tuan2/puan2 menghina tabligh dan membuat tuduhan dengan membuta tuli dan tuan biarkan ia berlaku. seolah - olah menyokong perbuatan tersebut. Ingin saya pertegaskan sekali lagi bahawa Jamaah Tabligh tidak pernah mendapat sebarang bentuk pertolongan atau pembiayaan dari mana - mana negara dan pertubuhan di dunia ini, kami bergerak dengan wang ringgit kami sendiri, kami berusaha bekerja bersungguh melaluip elbagai bidang perniagaan, perkhidmatan, perkilangan dan sebagainya yang dijalankan secara individu bukan satu perkumpulan.

Saudara/i
Persoalan mengapa golongan ustaz dan ahli agama tidak banyak menyertai jamaah tabligh adalah kerana ketidak fahaman mereka terhadap usaha yang suci ini. jika mereka faham, maka mereka lebih mulia dan hebat dari kami orang yang jahil. Namun begitu saya bersyukur kepada ALLAH, dengan berkat usaha ini kami telah dapat melahirkan ramai para 'alim ulama dan para hafiz quran yang mana mereka ini semuanya bersedia untuk bermuzakarah dengan ustaz - ustaz PAS jika ustaaz anta sudi. Saya cadangkan jika saudar/i masih kabur tentang jamaah tabligh silalah datang ke MAsjid BB Sri Petaling. Di sana ramai Ustaz lulusan Mesir ( AL - Azhar), India dan Pakistan. Boleh bermuzakarah dengan mereka tapi bukan berdebat kerana Nabi melarang kita berdebat. Sab Nabi S.A.W. "Janganlah kamu berdebat dgn orang bodoh lagi Tolol nescaya kamu juga akan jadi tolol'. Kesan dari usaha ini dari rumah jurutera akan lahir para2 daie, hafiz, alim ulama
Akhir kata, saya dengan rasa ribuan kekesalan terhadap tuduhan melulu yang telah dilemparkan kpd Jamaan Tabligh ini menampakkan pendirian PAS sebenarnya terhadap jamaah ini. Saya teringgat satu kenyataan AL- MArhum Ustaz Fadzil Nor dalam satu majlis, saya tidak ingat majlis apa dan tarikh bila, beliau telah berkata bahawa perkara pertama yang akan dilakukan apabila PAS dapat memerintah Malaysia ialah mengharamkan Jamaah Tabligh seluruh Malaysia. Jiak perkara ini tidak benar ALHAMDULILLAH, jika benar ketahuilah bahawa jika inilah niat PAS. InsyaALLAH PAS tidak akan dpat memerintah Malaysia sampai hari kiamat.Kita tunggu dan lihat. Tabligh tidak pernah bergerak atas sesuatu sokongan atau kuasa manusia tetapi tabligh bergerak atas kehendak ALLAH. Jika ALLAH tidak mahu kami menjalankan Tabligh ALLAH boleh pilih orang lain. ALLAH boleh pilih mahluk lain. Untuk menegakkan agama ALLAH boleh pilih sesiapa saja, tidak kira dia ustaz atau dia jahil, kaya atau miskin. Kami keluar pun bukan atas kehendak kami tetapi atas kehendak ALLAH, ALLAH yang pilih kami. Kalau ALLAh tak pilih kami itu hak ALLAH.

Saudara/i
Saya juga ingin pertegaskan bahawa nabi tidak pernah dihantar untuk menjadi pemimpin sebuah negara Islam tiada satu ayat Al-Quran pun mengatakan nabi dihantar sebagai peminpin atau menegakkan sebuah negara Islam. Sebaliknya nabi dihantar untuk membawa manusia kejalan petunjuk daripada jalan kesesatan. menyeru manusia beriman kpd ALLAH. Inilah tugas setiap orang nabi dan rasul.
saudara/i
sekali lagi saya mohon kemaafan jika kata saya menyinggung perasaan semua bukan itu maksud saya sebenarnya namun sebagai manusia penuh sifat kelemahan , pasti sekali kesilapan dilakukan. saya sedang belajar dan sentiasa belajar untuk memperbaiki diri. segala kenyataan yang saya buat adalah berdasarkan pendapat saya sahaja bukan pendapat seluruh ahli jamah Tabligh. Untuk memperolehi kefahaman yang lebih baik terhadap jamaah Tabligh saudara/i keluarlah 3 hari 40 hari & 4 bulan dengan niat nak baiki diri, niat nak belajar. Jangan niat nak lihat keburukan, nanti keburukanlah yang dilihat sedangkan banyak kebaikan yang boleh diambil menafaatnya. Sifat orang Tabligh atau dai'e ialah menerima semua orang asalkan masing -masing dapat mendekatkan diri kpd allah ikut sunnah nabi muhammad s.a.w. Kami berjuang ats kalimah yang suci iaitu Laa ILLAHAILLALLAH MUHAMMADURASULLAH. Saya sebagai seorang hamdaNYA yang lemah ingin mengudur diri dan tidak akan menjawab lagi sebarang persoalan mengenai jamaah Tabligh kerena ianya hanya membazirkan masa. Pada saya apa yang penting ialah saudara/i dapat memahami dan keluar di jalan ALLAH beberapa hari yang ditetapkan dengan penuh keikhlasan barulah ALLAH perlihatkan kebenaran. sekian Waallahua'lam.
PENGIKUT SETIA AHLUL SUNNAH WALJAMAAH.